TMJ belanja rakyat Johor

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menanggung sepenuhnya perbelanjaan rakyat yang sedang membeli barang keperluan asas di pasaraya Aeon Tebrau di sini hari ini.

Tunku Ismail ditemani isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam sebelum itu secara sepontan berkesempatan beramah mesra bersama rakyat Johor yang membeli-belah.

Dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail berkata, dirinya bukan ahli politik dan tidak memerlukan undi, namun ikhlas menyayangi rakyatnya.

Image may contain: 7 people, people smiling
Pengunjung kegembiraan selepas pengumuman Tunku Ismail.- Foto: Facebook Johor Southern Tigers

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi. Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor,” katanya seperti dipetik laman Facebook Johor Southern Tigers di sini hari ini.

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *