PRU14: Sultan Johor nasihatkan Puad Zarkashi jangan bertanding

JOHOR BAHRU: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan beliau mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket bebas selepas mendapat nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Mohd Puad berkata, sebagai rakyat Johor yang setia kepada Rajanya, beliau patuh kepada titah Sultan Johor kerana yakin sudah tentulah Sultan Ibrahim memberikan nasihat itu atas kepentingan Bangsa Johor.

“Banyak pihak menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan kenapa membatalkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di P150 Parlimen Batu Pahat.

“Sebagai bangsa Johor, saya akhirnya mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket bebas selepas mendapat nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor.

DATUK Dr Mohd Puad Zarkashi. – Foto Muhaizan Yahya

“Sebagai rakyat Johor yang setia kepada Rajanya saya patuh kepada titah Tuanku Sultan Johor kerana saya yakin sudah tentulah Tuanku memberikan nasihat itu atas kepentingan ‘Bangsa Johor’,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, beliau mengambil kesempatan menjunjung kasih terhadap Sultan Johor atas keprihatinan, tunjuk ajar dan nasihat baginda yang sudah tentu banyak hikmahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *