Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin memuktamatkan kedudukan dengan kekal bertanding di kerusi parlimen Pagoh selain turut bertanding DUN Gambir. Sepertimana yang diumumkan sebelum ini, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq pula akan bertarung di Muar.
Menarik perhatian juga apabila DUN Permas, Bersatu meletakkan calon Datuk Che Zakaria Md. Salleh bagi memberi tentangan hebat kepada Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang dijangka mengekalkan kerusi DUN Permas.
Berikut dikongsikan senarai calon bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili Pakatan Harapan bagi negeri Johor.
Parlimen
Pagoh – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Muar – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Sri Gading – Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh
Simpang Renggam – Dr. Maszlee Malik
Mersing – Ir. Nasir Hashim
Tenggara- Norjepri Mohamed Jelani
Kota Tinggi – Azlinda Abd. Latif
Pengerang – Norliza Ngadiman
Pontian – Karmaine Sardini
Tanjung Piai – Dr. Md. Farid Md. Rafik
DUN
Gambir – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Bukit Kepong – Dr. Shahrudin Jamal
Bukit Pasir – Pizi Jihat
Buloh Kasap – Norsamsu Mohd. Yusof
Tenang – Mohd. Solihan Badri
Sri Medan – Mohd. Ajib Omar
Semarang – Zais Mohd. Akil
Parit Raja – Ferdaus Kayau
Machap – Ahmad Ahem
Kahang – Norlihan Ariffin
Endau – Norul Haszarul Abu Samah
Panti – Jawahir Hussein
Puteri Wangsa – Mazlan Bujang
Permas – Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh
Larkin – Mohd. Izhar Ahmad
Kempas – Datuk Osman Sapian
Bukit Permai – Tosrin Jarvanthi
Benut – Najwa Halimah Abdul Alim
– Sumber: Utusan.com.my









