PRU14: Orang Mersing tolak Dr. Latif Ahmad?

Selepas pengumuman calon oleh Pengerusi BN Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin semalam, nama Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad akan mempertahankan kerusi Parlimen Mersing sekaligus mengetepikan spekulasi bahawa beliau akan beri peluang ke calon lain sepertimana yang diberitahu sendiri oleh beliau semasa Perhimpunan Agong Umno ke 71 tahun lalu.

Bagaimanapun, ketika ini terdapat perkongsian gambar yang menunjukkan ‘banner’ digantung di jejantas pekan Mersing berbunyi ‘YAB PM, kami orang Mersing tolak Latif Ahmad. Kami rela tolak undi BN.’ memberi maksud kepada pihak atasan pucuk pimpinan Barisan Nasional bahawa mereka jelas tidak menerima Dr. Latif sebagai calon Parlimen mereka.

No automatic alt text available.

Antara kemungkinan yang boleh dikongsikan adalah penerimaan orang Mersing sendiri yang mendapati tiada pembangunan dan kemajuan dibuat oleh Dr. Latif Ahmad yang lebih 5 penggal berkhidmat di Mersing dan menyokong pendirian serta teguran sinis baginda DYMM Tuanku Sultan dalam  satu majlis rasmi di Kem Iskandar, Mersing. tahun lalu.

Masih berbaki 5 hari sebelum penamaan calon. Keputusan terletak di kedua-dua pihak sama ada pucuk pimpinan ataupun pengundi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *