PRU14: BN Johor yakin pertahan 2 pertiga kerusi DUN

AYER HITAM, 16 April: Barisan Nasional (BN) Johor yakin mampu mempertahankan dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan kekal mentadbir negeri ini.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, BN Johor turut yakin dapat merampas beberapa kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya lalu.

“Kita yakin dapat kekalkan dua pertiga kerusi (DUN). Bagi kerusi Parlimen, kita akan pastikan beberapa kerusi baharu dapat ditawan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Dialisis Perbadanan Islam Johor dan melancarkan Skim Pinjaman Usahawan Tabung Wakaf Rakyat Johor, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada akan berlaku perubahan kerusi pada PRU kali ini, Mohamed Khaled berkata, tiada banyak pembaharuan dilakukan pada PRU kali ini dan ia tidak hanya melibatkan parti tertentu sahaja. – Jauhar (Foto: Jauhar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *