Pengerusi BN Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini secara rasmi mengumumkan senarai calon parti Barisan Nasional untuk kerusi Parlimen dan Dewan Negeri (DUN) bagi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) di bangunan Badan Perhubungan Umno Negeri Johor di sini, hari ini.
Sejumlah 37 calon atau 45.1% muka baru telah dicalonkan, iaitu seramai lima orang bagi kerusi parlimen, dan 32 orang bagi kerusi DUN. Daripada jumlah 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN, UMNO meletakkan 16 calon bagi kerusi parlimen 35 calon bagi kerusi DUN.
Bagi calon MCA adalah seramai 8 orang bagi kerusi parlimen dan 15 calon untuk kerusi DUN. Sementara MIC pula seorang calon parlimen dan 4 calon DUN. Gerakan pula seorang calon parlimen dan 2 calon DUN.
Tambah beliau, daripada 20 kerusi parlimen yang dimenangi BN Johor pada PRU lalu, 15 penyandangnya dikekalkan. Katanya, hanya dua Ahli Parlimen terdahulu tidak dicalonkan semula iaitu Kota Tinggi dan Pasir Gudang.
Penyandang Parlimen Sekijang iaitu Anuar Abd Manap yang akan bertukar ke DUN Kemelah manakala Penyandang Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique akan berpindah ke Parlimen Kota Tinggi. Bagaimanapun penyandang Parlimen Tebrau, Datuk Khoo Soo Seang menyatakan tidak mahu bertanding.
Bagi 37 kerusi DUN yang dimenangi BN pada PRU lalu, seramai 19 penyandang dikekalkan. Datuk Ayub Rahmat akan bertukar dari DUN Kemelah ke Parlimen Sekijang, Haji Ismail Mohamed akan bertukar Parlimen Pagoh dan Dato’ Sri Dr. Adham Baba dari DUN Pasir Raja ke Parlimen Tenggara.
Serentak dengan pengumuman itu, beliau yang juga Menteri Besar sah akan bertanding dua kerusi iaitu Pasir Gudang (Parlimen) dan Permas (DUN).
Dua calon yang tewas pada PRU-13 akan bertanding semula iaitu DUN Johor Jaya (Tan Cher Puk) dan DUN Bekok (Tan Chong).
Tambah Mohamed Khaled, daripada jumlah keseluruhan calon Parlimen dan Dun tersebut, BN Johor mengetengahkan sembilan calon wanita, dua Pemuda dan seorang Puteri.
Senarai calon penuh Barisan Nasional Johor PRU14









