PRU14: BN Johor muktamadkan senarai calon

ISKANDAR PUTERI, 11 Apr – Barisan Nasional (BN) Johor telah menyiapkan dan memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan senarai calon itu apabila tiba masanya nanti. Beliau memaklumkan perkara itu pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Kontrak Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti Johor Bahru di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mohamed Khaled diminta mengulas apakah hasil yang dicapai dalam pertemuan Najib bersama menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

Mengulas sama ada akan terdapat calon bertanding di dua kerusi, Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor, berkata perkara itu juga akan diumumkan oleh Perdana Menteri. Mengenai manifesto untuk orang muda yang dibentangkan semalam, Mohamed Khaled berharap orang muda dapat memberi pertimbangan yang sebaiknya kepada manifesto terbabit.

“Kita ucap tahniah, memang tepat. Ini adalah satu tawaran jelas dan difikirkan secara mendalam yang menunjukkan BN prihatin dan ambil berat terhadap orang muda, manakala manifesto pembangkang langsung tidak mempunyai pengisian untuk orang muda. ,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PT Magazine by ProDesigns