Selang sehari selepas tersebarnya perkongsian beberapa gambar ‘Banner’ yang menolak Dr. Latif Ahmad daripada bertanding bagi calon Parlimen Barisan Nasional P154 Mersing, kini ‘banner’ terbabit menular sehingga ke pejabat UMNO Pekan yang memberi gambaran jelas suara akar umbi untuk disampaikan ke Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib Razak.
Susulan tersebarnya ‘banner’ tersebut, dikabarkan penyokong Dr. Latif Ahmad sendiri telah menurunkan semula ‘banner’ di beberapa tempat di Pekan Mersing. Sumber dari beberapa pihak, menyatakan ini adalah kerana rakyat dan penduduk Mersing sudah muak dengan janji yang dilemparkan oleh Dr. Latif yang sehingga kini tidak nampak hasil dan pembangunan dalam 5 penggal menjadi ahli Parlimen walaupun memegang jawatan kabinet di beberapa kementerian.
Jika kes sebegini berlarutan sehingga hari penamaan calon, tidak mustahil penduduk-penduduk dan pengundi di kawasan Parlimen Mersing berbelah bahagi untuk memilih calon sekaligus menolak bulat-bulat calon yang diletakkan dalam BN.
Kesempatan ini juga merupakan peluang untuk Pakatan HARAPAN mahupun Gagasan Sejahtera meraih sokongan dan menarik minat pengundi sekaligus mengetepikan calon BN yang dimenangi pada 5 penggal berturut-turut.









