Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suami, Dennis Muhammad Abdullah menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini pagi tadi.
Pasangan tersebut yang tiba pukul 9 pagi meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat pusara kerabat keluarga Diraja Johor termasuk menziarah pusara Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.
Mereka turut mengaminkan doa dan menyiram air mawar serta menabur bunga pada setiap makam dengan doa dibacakan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsudin.
– UTUSAN ONLINE








