KMJ2017: Kenderaan yang akan digunakan oleh TMJ

Foto: JOHOR Southern Tigers

Laman JOHOR Southern Tigers semalam telah menyiarkan kenderaan yang bakal digunakan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor dalam penjelajahan Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada tahun ini. Seperti tahun-tahun sebelum, Sultan Johor telah berjaya memperkenalkan pelbagai jenis kenderaan sempena KMJ termasuk Bas, Lori ‘Transformer”, Bot selain Motosikal berkuasa tinggi sepertimana biasa.

Berikut adalah kenderaan yang akan digunakan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk Kembara Mahkota Johor yang akan diadakan pada 9hb hingga 12hb September 2017. Kenderaan Morgan 3 Wheeler berkonsepkan JDT yang memaparkan corak Harimau Selatan dan logo JDT di badan kenderaan tersebut ini akan menjelajah setiap daerah negeri Johor dimana Kembara Mahkota Johor ini telah menjadi acara rasmi bagi rakyat dan negeri Johor. – Sumber JOHOR Southern Tigers

Foto: JOHOR Southern Tigers
No automatic alt text available.
Foto: JOHOR Southern Tigers
, ,