KL2017: Mohon maaf atas kesilapan – KJ

Khairy bersama Imam Nahrawi untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Indonesia. – Foto: Twitter @Khairykj

YB. Khairy Jamaluddin berjumpa Imam Nahrawi, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia untuk memohon maaf secara rasmi kepada rakyat Indonesia atas kesilapan percetakan bendera Republik Indonesia. Ianya berikutan kesilapan bendera Republik Indonesia yang dicetak pada buku cenderahati yang diedarkan kepada semua atlit dan peserta Kejohanan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.