
SKUAD Memanah Compound Malaysia, di barisi Faten Nurfatehah, Saritha Cham Nong dan Nurul Shazhera, meraih emas pertama bagi acara memanah Sukan Sea selepas mengatasi Vietnam (Lee Ngoc Huyen, Chau Kieu Qanh, Nguyen Thi Nhat Le) 253-252 pada pusingan akhir acara Compound Berpasukan Wanita di Padang Sintetik MSN.
Malaysia juga memenangi emas acara compound berpasukan lelaki sukan memanah selepas menewaskan Singapura, 228-222 pada aksi final di Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.
Ini adalah emas kedua dimenangi kontinjen negara hari ini selepas terdahulu merangkul pingat sama menerusi acara serupa bagi berpasukan wanita, di tempat sama.








