KL2017: Emas diraja dari Sultan Terengganu

Aksi Sultan Mizan ketika saingan aksi sukan Kuda Lasak Sukan Sea 2017. Foto: Kuala Lumpur 2017

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berjaya membantu skuad negara menambah koleksi emas selepas menjuarai kategori individu dalam acara endurance (kuda lasak) Sukan SEA ke-29 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu di sini.

Baginda melengkapkan trek bagi acara 80 kilometer dengan catatan masa 3 jam 48 minit 38 saat. Sultan Mizan yang menunggang kuda bernama RTES Annaversary mencatatkan jumlah purata kelajuan 20.994 kilometer sejam sekali gus melebur rekod lama yang dipegang Sulaiman Muda dalam temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar menerusi 6 jam 26 minit dan 04 saat.

Aksi Sultan Mizan ketika saingan aksi sukan Kuda Lasak Sukan Sea 2017. Foto: Kuala Lumpur 2017

Seorang lagi penunggang, Mohd. Bulkhari Rozali pula muncul naib johan dengan catatan masa 03:48:40.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tersenyum kegembiraan selepas menamatkan perlumbaan dalam acara kuda lasak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE/FARID JANUDIN