Genap setahun perasmian Peti Pos Dasar Laut DiRaja pertama Malaysia

DYMM Sultan Johor ketika merasmikan Peti Pos Dasar Laut DiRaja pertama Malaysia. – Foto: Royal Press Office

Genap setahun pada 21 Ogos 2016, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyelam ke dasar laut Pulau Mensirip berdekatan Mersing, Johor bagi merasmikan Peti Pos Dasar Laut DiRaja pertama di Malaysia dan meletakkan logo Sultan Johor sempena Kembara Jelajah Pulau Mersing 2016.

Acara itu turut tersenarai di dalam Malaysia Book of Records sebagai Peti Pos Dasar Laut Diraja yang pertama dipasang di negara ini.

Baginda turut berkenan mengirimkan poskad kalis air yang dialamatkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Di poskad berkenaan tertulis, “Dear Aleh (HRH Raja Zarith Sofiah), me, Iman (HH Tunku Abdul Rahman Al-Haj) & Boo Boo (HH Tunku Abu Bakar) saying Hello to you at 35-meters underwater…Missing you. Love, Yem (Tuanku Sultan Ibrahim).

,