Banjir: 133 mangsa di Muar, Pontian dipindahkan

KEADAAN banjir yang melanda lima buah kampung di Pontian hingga mengabatkan 96 mangsa daripada 24 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di SK Parit Haji Adnan, Pontian, Johor, sejak semalam. – UTUSAN

Seramai 209 mangsa dari daerah Muar dan Pontian ditempatkan di tiga pusat pemindahan berikutan banjir yang melanda kawasan mereka sejak semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kolonel Mat Zin Bujang berkata, daripada jumlah itu, 113 mangsa adalah di Muar manakala selebihnya di Pontian. Beliau yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri berkata, di Muar 63 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Raya manakala 50 mangsa daripada lapan keluarga lagi di SK Parit Keroma.

“Di Pontian pula 96 mangsa daripada 24 kelaurga di tempatkan di pusat pemindahan sementara di SK Parit Haji Adnan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. Menurut beliau, pemantauan berterusan dilakukan dan keadaan air di kawasan banjir kini beransur surut serta cuaca juga cerah di Muar dan Pontian. – Utusan Online

, ,