Semua ketua parti akan menghadap Agong esok

Semua ketua parti politik akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok, dipercayai ada kaitan dengan perbincangan berhubung bakal Perdana Menteri kesembilan.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, perjumpaan dijangka berlangsung tengah hari yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

“Esok ada perjumpaan di Istana Negara antara ketua-ketua parti dengan Agong. Dua Speaker dijemput,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau menyembah warkah surat peletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Namun, Seri Paduka berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. – UTUSAN ONLINE

,