Sultan Johor berkenan menamakan Tunku Zahrah, Puteri ke-2 TMJ

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menamakan puteri kedua Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu pengumuman yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Johor berkata, Sultan Ibrahim menamakan cucu perempuan baginda

yang juga puteri dan waris Tunku Mahkota Johor keempat yang diputerakan pada 21 April atau 9 Ramadan lalu di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Tunku Ismail dan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014 dan dikurniakan tiga anakanda iaitu seorang puteri Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan dua orang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Tunku Khalsom Aminah Sofiah, diputerakan pada 25 Jun 2016, diikuti Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, yang juga pewaris takhta Johor 14 Oktober 2017 dan Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail 17 Julai 2019.

, ,