COVID-19: Kluster Kempas antara 6 kluster baharu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti enam kluster baharu di Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan di Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster itu adalah Kluster Mesra, Kluster Megah, Kluster Kaya, Kluster Bah Kayu, Kluster Baki dan Kluster Kempas.

Menurut Dr Noor Hisham, Kluster Kempas membabitkan daerah Johor Bahru dan Kulai di negeri Johor di mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-24447) dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Saringan kontak rapat mengenal pasti tujuh lagi kes positif Covid-19 di mana sehingga jam 12 tengah hari, sejumlah 206 individu disaring dengan lapan kes dikesan positif Covid-19 (limakes baharu), 28 individu negatif dan 170 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

,