“Apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat” – TMJ

Kenyataan rasmi DYAM Tunku Mahkota Johor:-

Situasi sekarang adalah petunjuk jelas yang menunjukkan apa yang akan berlaku bila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang-orang politik sahaja. Di dalam situasi hari ini apa yang paling penting adalah kebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan dan pemulihan ekonomi dapat terus bergerak dengan lancar.

Semoga Allah memberkati kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilakan kuasa demi kepentingan peribadi.

Inilah pentingnya sistem beraja dimana Raja-Raja Melayu berfungsi memberi kelebihan “check & balance” dalam pentadbiran negara. Doa dan harapan saya adalah Kestabilan. Semoga ALLAH sentiasa memberkati Raja-Raja Melayu.

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

,