Sultan Johor terima mengadap PM

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Istana Bukit Serene, Johor Bahru jam 9.30 pagi.

Perdana Menteri disambut oleh Baginda Tuanku Sultan bersama DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Mengiringi bersama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan isteri, YAM Che’ Puan Khaleeda.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Datin Datuk Menteri Besar Johor, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Datin Seri Ketua Setiausaha Negara serta Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani dan Datin Dato’ Azmi.

Image may contain: 2 people, people standing
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena lawatan kerja dua hari ke Johor hari ini. – Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Image may contain: 1 person, sitting, wedding and indoor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena lawatan kerja dua hari ke Johor hari ini. – Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Pertemuaan tersebut antara lain menjelaskan perkembangan semasa mengenai isu pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi Negara.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menghadiri majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri di Hotel Thistle Johor Bahru pada 10.30 pagi.

Perdana Menteri kemudiannya akan hadir merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2020 pada jam 3 petang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor dan kemudian menyertai tinjauan di B5 Street Market, Tampoi.

Image may contain: 9 people, people standing

Foto: The Johor Royal Press

, , , , ,