Berkongsi Idea Demi Kebaikan Bersama Johor-Melaka

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, menyarankan kerjasama strategik serta perkongsian idea antara Johor dan Melaka bagi memperhebatkan pembangunan kedua-dua negeri serta kemajuan secara bersama.

Baginda Tuanku Sultan, bertitah Johor dan Melaka sememangnya mempunyai hubungan yang akrab atas faktor geografi dan sejarah.

“Saya harap kedua-dua kerajaan negeri ini terus bekerjasama rapat dan berkongsi idea demi kebaikan bersama. Negeri Melaka boleh mengambil air Negeri Johor selagi kita mempunyai sumber itu.

“Pelabur-pelabur yang datang ke Johor, saya juga boleh perkenalkan mereka ke Melaka agar kita membangun bersama-sama sebab kita bersempadan,malah kerajaan Melaka juga menjemput saya membuat lawatan rasmi ke negeri itu,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office hari ini (14 Ogos).

Image may contain: 1 person, bicycle and outdoor, text that says 'SULTAN JOHOR SULTAN BRAHIM SULT ISKANDAR'
Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan ISkandar

Terdahulu, Baginda Tuanku Sultan berkenan menerima mengadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali dan delegasi di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Mengiringi Datuk Sulaiman pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan ialah
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani dan Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Amir Nasruddin.

Datuk Sulaiman turut mempersembahkan dua beca sebagai hadiah kepada Baginda Tuanku Sultan dalam mengeratkan serta memperkukuhkan hubungan antara Melaka dan Johor.

,