Betul ke KFC dan Pizza Hut Malaysia hendak dijual dengan harga RM6 bilion?

Sebuah berita yang mengejutkan ramai pada hari ini apabila restoran francais popular di Malaysia iaitu KFC dan Pizza Hut sedia untuk dijual oleh pemiliknya, QSR Brands (M) Holdings.

Difahamkan jumlah sekitar $1.4 bilion (~RM6 bilion) antara yang dinilaikan QSR Brands (M) Holdings bagi penjualan rangkaian restoran sekitar Asia Tenggara ini.

G-025-KFC
Sumber: Plaza Lowyat

Cadangan penjualan yang diumumkan QSR Brands (M) Holdings ternyata mengejutkan pelbagai pihak memandangkan jumlah cawangan Pizza Hut dan KFC di Malaysia semakin meningkat setiap tahun sekaligus menandakan pertumbuhan yang positif.

Pihak Straits Times melaporkan cadangan penjualan rangkaian restoran ini dikaitkan dengan keadaan ekonomi semasa Malaysia yang perlahan dan kurang memberangsangkan di Asia Tenggara selepas Laos dan Mongolia.

qsrbrands-logo-ori
Antara jenama dibawah kendalian QSR Brands

Untuk pengetahuan, majoriti saham KFC Malaysia sebanyak 51% dipegang oleh Johor Corp yang merupakan milik penuh kerajaan Johor. Selain itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja turut memiliki saham rangkaian restoran ini sebanyak 25%.

Setakat ini, difahamkan sebanyak 830 cawangan restoran KFC telah dibuka di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja manakala sebanyak 470 cawangan Pizza Hut telah dibuka di Malaysia dan Singapura.

,