Kualiti air perlu dipertingkatkan – Sultan Johor

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dato’ Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Jeffri Abd Rasid di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (30 Oktober).

Pada pertemuan selama hampir 30 minit itu, Tuanku Sultan Ibrahim bertitah kualiti air di negeri Johor perlu dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat Johor.

Baginda menasihatkan bahawa syarat-syarat perlu diketatkan dan setiap industri yang melepaskan sisa mesti mematuhi tahap pengawalan yang diamalkan di peringkat antarabangsa untuk mengurangkan masalah pencemaran air dan menambah baik kelestarian alam sekitar.

Turut hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani. – Copyright Royal Press Office

, , , ,