Dewan Muda Johor bersidang November ini

JOHOR BAHRU: Dewan Muda Johor yang berperanan sebagai platform orang muda menyuarakan idea dan pandangan melalui usul dan ketetapan yang dibuat akan mula bersidang pada awal November ini.

Aktivis Angkatan Demokrasi Milenial Bersatu (MUDA), Onn Mahathir Md. Nasir berkata, sejak dibuka penyertaan pada 24 September lalu, lebih 150 orang telah menyatakan minat untuk menjadi Ahli Dewan Muda Johor.

Menurutnya, permohonan penyertaan bagi menjadi ahli dewan masih dibuka sehingga 5 Oktober ini dan mereka kemudian akan melalui saringan awal sebelum melalui proses temuduga yang dikendalikan golongan profesional dan ahli politik tempatan.

Tambahnya, mereka yang berminat perlu memenuhi kriteria iaitu warganegara Malaysia yang menetap di Johor, berkemampuan berbahas dengan baik, mempunyai pengetahuan dalam bidang ekonomi, sosial dan isu semasa serta bersih daripada sebarang rekod jenayah dan kebankrapan.

“Pelaksanaan Dewan Muda Johor ini juga hampir menyamai konsep Parlimen Belia di 33 buah negara seperti kebanyakan negara-negara maju dan membangun dan juga telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bermula 2015.

Parlimen Belia yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia & Sukan.
Parlimen Belia yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia & Sukan

“Dewan Muda Johor juga bakal menjadi instrumen awal untuk pendedahan kepada belia dalam mendalami bagaimana proses undang-undang digubal serta memahami sistem pentadbiran negeri dan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Onn Mahathir berkata, pihak sekretariat turut mewujudkan hastag, #Muda #ArusBaru dan #DewanMudaJohor di Facebook, Instagram serta Twitter dan sebarang pertanyaan boleh layari laman web rasmi Dewan Muda Johor di www.dewanmudajohor.com.- UTUSAN ONLINE

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: one or more people and text

, ,