Ketua Pengarah Bomba & Penyelamat Malaysia mengadap Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menerima mengadap Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhammad Hamdan, di Istana Bukit Pelangi, di sini hari ini.

Muhammad Hamdan dilantik sebagai Ketua Pengarah yang baharu berkuat kuasa pada Jun lalu menggantikan Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim yang bersara wajib.

Image may contain: 1 person, sittingDYMM Sultan Johor. Foto Ihsan: Royal Press Office

Dalam pertemuan selama hampir sejam itu, Muhammad Hamdan turut memaklumkan kepada Sultan Ibrahim mengenai pelantikan Datuk Yahya Madis sebagai Pengarah JBPM Johor yang baharu.

Yahya yang sebelum ini adalah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Perak, menggantikan Othman Abdullah yang kini dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Putrajaya.

Pada akhir pertemuan itu, Muhammad Hamdan turut menyampaikan cenderahati kepada Sultan Ibrahim mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Image may contain: 1 person, sittingFoto Ihsan : Royal Press Office

Terdahulu, baginda turut berkenan menerima mengadap Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) Johor Bahru yang baharu, Nor Rafidz Nazri.

Nor Rafidz yang mula berkhidmat pada 1 September lalu menggantikan Raman Krishnan yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah BNM berkuatkuasa 1 Oktober ini.

, , ,