Kempas akan menerima Hospital baharu dengan kos RM500j

Sebuah hospital ketiga kerajaan akan dibina Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sudah padat dan sesak.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, pembinaan hospital baharu itu dijadual bermula pertengahan tahun depan di Kempas di sini dengan kos lebih RM500 juta.

“Hospital baharu di bandar raya ini akan dibina di kawasan seluas kira-kira 19 hektar di atas tanah milik Kementerian Kesihatan. Hospital ini memiliki 305 katil dan merupakan keperluan mendesak terutama untuk ke­perluan penduduk di Kempas, Tampoi dan kawasan sekitar­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini kelmarin.

OSMAN SAPIAN (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada penerima OSMAN SAPIAN (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada penerima dalam Program Gotong-Royong Perdana, Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru, baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar nege­ri, Dzulkefly Ahmad, Pegawai Kewangan negeri, Datuk A. Rahim Nin dan Datuk Bandar Johor Bahru, Amran Rahman.

Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas memberitahu, perkara itu sudah dimaklumkankan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah pun bersetuju.

Beliau berkata, kepadatan penduduk di DUN Kempas dan sekitarnya memaksa kerajaan negeri mencari jalan penyelesaian supaya penduduk mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik.

Selain itu katanya, sebuah lagi iaitu Hospital Pasir Gudang dicadangankan akan dibina di Bandar Seri Alam untuk menampung keperluan penduduk di daerah berkenaan. – UM

Hanya Ilustrasi sahaja. Sumber dari internet

, , , , ,