Jom Cuba: Ayam Panggang Ala Dominos. Yummy!

Inginkan citarasa berbeza? Jom kita cuba masak resepi Ayam Panggang Ala Dominos. Masak simple yang mudah. Ini merupakan perkongsian dari Mo Fahmi Salah. Apapun nak masak kena ada Oven la ya.

Sekilo drumstik yg kecik tu yer…kalau ikut resepi asal guna sekor ayam..cuci bersih..toskan

120g sos cili
120g sos tomato
120g sos tiram (yg ni saje2 makcik tambah)
2sb madu (yg ni pon makcik tambah)
2sb gula
1sb garam
1sb serbuk cili
2sb lada hitam
2ulas bwg putih di tumbuk lumat
60g butter

-masak kesemua bahan sampai butter cair
-sejukkan
-lumur pada ayam dan letak sedikit minyak
-perap (lagi lama lagi sedap)
-bakar suhu 180°-200° ikut oven masing2 qpi atas bawah…
-30-40 min (ikutlah nak garing mane yer..jgn rentong sudah 😅 )

SeLamAt mEnCUba

credit : Mo Fahmi Salah‎

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

,