Sejarah | Sumbangan Kesultanan Johor dalam memartabatkan Bahasa Melayu

FAKTA | SUMBANGAN KESULTANAN JOHOR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Sultan dan para pembesar Johor berpendidikan Inggeris namun semangat memperjuangkan bahasa Melayu sangat tinggi. Pada tahun 1888 ketika dibawah pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar, Dato’ Sri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak selaku penasihat kepada Sultan telah mengasaskan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa di Johor Bahru dengan matlamat menanamkan semangat belajar dan menulis bahasa Melayu.

Sumbangan Johor dalam pendidikan Melayu amat terserlah dibawah naungan Sultan Sir Ibrahim dengan kelahiran tokoh-tokoh intelektual Melayu dan hasil karya-karya seperti buku tatabahasa Penokok dan Penambah (1939) dan Jalan Bahasa Melayu (1937). Sultan Sir Ibrahim mahu bahasa Melayu diperkasakan dan baginda mahu ia dijadikan bahasa rasmi negeri Johor sebelum baginda bersetuju menandatangani perjanjian pada 12 Mei 1914.

Sultan Sir Abu Bakar Ibni Daeng Ibrahim

Baginda menitikberatkan pengajian bahasa Melayu dan baginda turut menyokong serta menaungi sendiri Badan Persuratan Bahasa Melayu. Perkara ini berlarutan sehingga idea penubuhan Balai Pustaka pada tahun 1956 di Kongres Persuratan Melayu di Johor Bahru menjadi pencetus di peringkat nasional serta sehingga kini ia masih kekal dan dinamakan sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka.DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga meneruskan pemerkasaan bahasa kebangsaan dengan baginda menyarankan agar sekolah satu aliran dapat diwujudkan serta bahasa kebangsaan harus dijadikan bahasa pengantar. Baginda sangat menitikberatkan bahasa kebangsaan agar semua kaum dapat hidup bersama dan memahami antara satu sama lain. Allah Peliharakan Sultan.

Sultan Sir Ibrahim

, ,