Najib, Zahid ucap takziah kemangkatan bonda Sultan Johor

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan bonda Sultan Johor, Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah, semalam.

“Merafak sembah takziah kepada DYMM Sultan Johor dan seluruh ahli Kerabat Diraja Johor atas kemangkatan YAM Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, bonda Sultan Johor. Al-Fatihah,” kata bekas Perdana Menteri itu menerusi Twitter.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Johor menerusi Twitter.

“Merafak sembah salam takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Johor atas kemangkatan bonda tercinta DYMM Sultan Johor, YAM Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah. Semoga dicucuri rahmat Allah ke atas rohnya. Al-Fatihah,” katanya.

Kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers (JST), hari ini, memaklumkan Almarhum Kalsom, 83, kembali ke rahmatullah semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor berkata jenazah Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, pada tarikh dan waktu yang akan diumumkan kemudian.

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published.