Saya tolak tawaran dari Kelab lain untuk sertai JDT – Harry Novillo

Artikel dari Fox Sports Asia menyebut tentang temubual mereka bersama pemain luar negara baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Harry Novillo. Cita-cita telah mendorong beliau untuk memilih JDT. Beliau turut menerima beberapa tawaran dari pasukan Malaysia namun mengatakan beliau mungkin kurang siuman sekiranya tidak memillih JDT kerana ia adalah kelab terbaik di Malaysia.

Menurutnya lagi, ini merupakan perkara yang setiap pemain perlu ada di dalam karier mereka iaitu dari segi sokongan penyokong, suasana dan tahap profesionalisme. JDT memiliki semua perkara tersebut. Sebagai pemain baharu, beliau perlu bekerja keras kerana semua tertumpu kepadanya.

Beliau turut menyebut tidak kisah diri berasal dari mana kerana selagi mempunyai sifat merendah diri dan berusaha, pasti boleh berjaya. Pada waktu yang sama, beliau memjelaskan tidak ada yang lebih baik dari JDT. Empat kejuaraan liga berturut-turut dan sedang mengejar kejuaraan yang kelima, itu adalah luar biasa.

Baca artikel penuh di http://www.foxsportsasia.com/football/asian-football/malaysia-super-league/881419/jdt-best-club-in-malaysia-says-harry-novillo/

Foto: JOHOR Southern Tigers

Leave a Reply

Your email address will not be published.