33rd Degree Freemason. Apa kena mengena pula dengan TMJ?

 

Foto: @FAMalaysiaOfficial

33rd DEGREE? TMJ MANGSA EQUIVOCAL LIDAH TANPA BELULANG MELAYU MALAYA

Freemasonry berasal dari dua kata, iaitu free yang bererti bebas, dan mason yang bererti tukang batu atau tukang bangunan.

Definisi Mason adalah ‘Pembina’. Freemason adalah tentang moral diri, dan keteguhan prinsip.

“those who are a freemason shall be a good leader, a good citizen, and a good man”.

Syarat madatori untuk menjadi seorang mason adalah “Believe in one SUPREME ARCHITECT” yang bermaksud “kepercayaan kepada Tuhan”.(supreme architect merujuk kepada katanama Tuhan) Pertubuhan ini menerima keahlian yang tidak kira latang belakang agama. Bagi golongan Atheist juga diterima sebagai seorang Mason.

“PERSEPSI JATUH HUKUMAN”

Pada masa kini, ramai golongan cerdik pandai yang obsessi mengkaji dan membuat persepsi sendiri tanpa merujuk mana-mana dalil atau bukti. Ramai pihak di Malaysia secara amnya seperti “Paranoid” dengan freemason dan menyamakan dengan illuminati.

Illuminati adalah parasit yang berada dalam organisasi yang sama. Simbol yang digunakan iaitu “Eye of Providence”. Illuminati sebuah organisasi yang mempunyai agenda seperti New World Order (NWO). Kewujudan Illuminati masih di ragui, dan tidak diakui oleh “Worshipful Master of Freemasonry” sendiri dan masih meragui kewujudan puak parasit ini. (namun penulis percaya ada konspirasi dalam organisasi ini)

Lokasi di salah sebuah bandar di Kedah. Sumber: Internet

Illuminati adalah golongan pemuja dewa-dewi purba. Di sini kelihatan jelas, golongan pengkaji ‘dajjal’ atau ‘freemason’ mahupun ‘illuminati’ tidak begitu tegas dengan pendirian mereka. Siapa Dajjal pada pendirian mereka, Dajjal adalah golongan Mason, atau Dajjal adalah tuhan yang disembah Mason, atau Dajjal itu adalah Baphomet berkepala kambing, atau Dajjal adalah Illuminati, atau Dajjal itu dewa-dewi lama yang dipuja Illuminati. Selain illuminati, Kabbalah juga ada didalam Freemason ini. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan iblis (Lucifer). Sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Fir’aun.

“DEGREE DALAM FREEMASON”

Degree adalah tingkat tangga bagi keahlian dalam organisasi ini. Tahap keahlian yang terbahagi kepada beberapa tangga iaitu aperantis, fellow craft dan master mason. untuk pengetahuan pembaca, peringkat tertinggi dalam organisasi ini ialah 33rd degree atau Grand Master 33rd Degree dimana peringkat pangkat paling tinggi dalam Freemason.

Lokasi di Bukit Jalil. Sumber: Internet

“LAFAZ IQRA DIBALIK 33 AYAT”

Akhir-akhir ini menjadi polemik dikalangan peminat bolasepak Negara berkaitan satu “quote” berkaitan “33rd degree” ini dilaman sosial JST. (Artikel bulan Ogos yang di cari gali untuk bahan fitnah buat TMJ)

Akibat taksub dan terbiasa dengan bergelumang dengan fitnah, rakyat Malaysia terus menjatuhkan hukuman bahawa ayat itu petunjuk bahawa DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berada didalam organisasi terbabit.

Namun mereka sebenarnya amat naif dan kurang cerdik untuk menggali maksud sebenar kerana kekangan daya otak untuk berfikir dengan logik akal.

Sebenarnya, 33rd Degree didalam quote terbabit adalah merujuk kepada ayat ‘iqraq’. Lafadz iqra’ bernilai 33. Bila nilai ini dikalikan 3 (merujuk kepada 3 kali Nabi Muhammad dipeluk Malaikat semasa diminta melafaz “BACALAH!)”. (33 x 3) menghasilkan nilai 99 (nama Allah)

“Aisyah r.a. berkata, “Ketika beliau (rasulullah) ada di Gua Hira, datanglah malaikat seraya berkata, ‘BACALAH!’ Beliau berkata, ‘Sungguh aku tidak dapat membaca. Ia mengambil dan mendekap baginda sehingga baginda lelah. Kemudian ia melepaskan baginda, lalu ia berkata, ‘BACALAH!’Maka, baginda berkata, ‘Sungguh aku tidak dapat membaca:’ Lalu ia mengambil dan mendekap baginda yang kedua kalinya, kemudian ia melepaskan baginda, lalu ia berkata, ‘BACALAH!’Maka, baginda berkata, ‘Sungguh baginda tidak bisa membaca’ Lalu ia mengambil dan mendakap baginda yang ketiga kalinya, kemudian ia melepaskan baginda. Lalu ia membacakan, “Iqra’ bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min’alaq. Iqra’ warabbukal akram. Alladzii ‘allama bil qalam. ‘Allamal insaana maa lam ya’lam. ‘Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Selain itu, nilai 33 juga merupakan jumlah 33 titik anatomi didalam tubuh manusia.

“33 Degrees, 33 Years Old, The Prophecy Has Begun”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

(33 titik anatomi @ 33 ijazah lafaz iqra dalam pegangan, 33 tahun , keajaiban masa depan sudah bermula)

Setiap bait dan lafaz oleh TMJ hanya boleh ditransilasi melalui mata hati dan perlu dicari gali. Setiap ayat umpama codex hammurabbi. Hanya yang ber”iq” tinggi dapat menghadami.

Tiga puluh tiga ijazah awal Allahu-Jabbar,
Tiga kali dipeluk Rasul dan Nabi Junjungan,
Jadi pedoman tiga puluh tiga titik dalam badan,
Supaya teresap nama sembilan puluh sembilan,
Untuk panduan umat manusia bekalan masa depan

“MENTALITI DAN OBSESSI”

Jelaslah, mentaliti rakyat Malaysia ini lebih kepada perasaan hasad dengki dan rosak hati. Demi ingin menjatuhkan seseorang yang tidak diingini, mereka boleh berubah menjadi lebih buruk daripada dajjal.

Sumber: Internet

Freemason dan illuminati memang telah membelenggu Negara ini sejak dulu lagi. Ia bermula setelah kepulangan rombongan rundingan kemerdekaan ke London YTM Tunku Abd Rahman Putra pada 3 Jun 1957. Diwaktu itu Dato Onn bin Jaafar adalah salah seorang penentang Gerakan ini, dan ada menyatakan tentang perkara ini melalui ucapan terakhir sebagai presiden UMNO di hadapan perwakilan. Antara petikan ucapan tersebut ialah,

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah,

Sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di tanah ini, Langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

“Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakan orang, Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak di datangkan ke atas tanah ini.

Malang mulut saya tertutup, Malang saya berkata mulut saya ini tertutup, Tidak dapat menzahirkan kepada kamu apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan perkerjaan-pekerjaan dan tangungan saya itu” -DATO ONN BIN JAAFAR.

“PASCANILAI LOBUS FRONTALE SEORANG MUSLIM MALAYSIA”

TMJ bakal mewarisi takhta Kerajaan Johor dan bakal menjadi Ketua bagi Negeri bertuah ini. Kesultanan Johor Moden yang lengkap dengan Undang-undang Tubuh (Perlembagaan) negerinya sendiri semenjak 1885, juga mempunyai Angkatan bersenjatanya sendiri iaitu Askar Tmbalan Setia Negeri bagi mempertahankan kedaulatan negeri Johor. Tunku tidak perlu apa-apa organisasi yang membantu Tunku dalam memerintah dan menaikkan nama di mata rakyat.

Kepada rakyat Malaysia, Freemason hanyalah berkenaan fahaman dan tidak mempunyai kerajaan mutlak untuk bertapak dan lebih dianggap sebagai golongan “Hippies”. Sekiranya anda takut akan organisasi rahsia ini, sila tumpukan ke bahagian utara tanah air, Pulau Pinang kini antara tumpuan organisasi seperti Freemason untuk meluaskan pengaruh dimana tiada sistem beraja di negeri tersebut.

“Kerana sibuk hal orang lain, tidak sedar jiran sendiri tidak dibantu”

Akhir kata penutup bicara, Jangan terlalu obses mengkaji gerakan Freemason dan konspirasi dunia sehingga alpha untuk mengkaji al-quran yang penuh petunjuk dan makna yang berguna. Buka mata hati dan jangan terhijab dengan hasad dengki. Fitnah dibawa mati, merangkak di akhirat nanti.

Ya Dzul Jalaali Wal Ikraam harap makbulkan, Semoga tergolong dalam orang yang beriman Semoga tergolong dikalangan insan yang penuh pedoman..

DIRGAHAYU DYAM SULTAN MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR. DAULAT TUANKU!! DAULAT TUANKU!! DAULAT TUANKU!!

II.IV.IV.III.IV

Wassalam..

, , ,